• Pencapaian UPSR Menurun Tahun Ini
    Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun sebanyak 0.02 Gred Purata Nasional (GPN) daripada tahun 2013. […]
  • Noh anggap penghinaan Adun BN dapat RM200,000
    Tawaran peruntukan hanya RM200,000 setiap tahun oleh kerajaan Selangor kepada Adun BN negeri itu dilihat sebagai satu penghinaan. […]
  • Malaysia tewas dengan Thailand 2-3
    SKUAD Harimau Malaya gagal menumpaskan Thailand dengan kekalahan 3-2 dalam perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014. […]
  • Abe King Pin tewas bawa 1kg syabu
    Taktik ketua sindiket dadah dikenali Abe King berselidung di sebalik perniagaan tayar dan kereta terpakai terbongkar selepas ditahan bersama empat yang lain pada serbuan di Pasir Mas dan Rantau Panjang, kelmarin. […]

PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN UNTUK SESI PENGAJIAN 2011/2012 | PTPTN ONLINE

Permohonan pinjaman PTPTN bagi sesi pengajian 2011/2012 kini boleh dibuat. Namun perlu diingat bahawa permohonan pinjaman PTPTN 2011/2012 hendaklah mendapat kelulusan perdaftaran dari IPTA atau IPTS pemohon. Sila pastikan setiap permohonan pinjaman PTPTN 2011/2012 dilakukan dengan betul dan sila baca arahan yang diberikan berulang kali untuk memastikan permohonan pinjaman PTPTN 2011/2012 anda tidak ditolak.  Sekiranya anda menghadapi masalah berkenaan kelulusan pendaftaran, sila berjumpa dengan pegawai atau kerani di bahagian pentadbiran pusat pengajian anda. Cara-cara memohon Pinjaman PTPTN 2011/2012 adalah seperti berikut:

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau
  4. Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS;
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
  6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  7. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (e) dan (f), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
  8. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; dan
  9. Tiada penaja lain.

CARA PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

  • Pelajar boleh mendapatkan nombor PIN ini yang boleh diperoleh dari mesin ATM atau kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM5.00. Tempoh sah laku nombor PIN adalah 6 bulan daripada tarikh permohonan kali pertama dibuat.
  • No PIN kini boleh dibeli melalui SMS. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
  • Permohonan akan dibuka sepanjang tahun dan diproses mengikut tarikh yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa.
  • Tentatif kelulusan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN secara atas talian (online) bagi pelajar IPTA/Politeknik  adalah seperti di Jadual 1.
ARAHAN PENGISIAN BORANG PERMOHONAN
Panduan dan Peraturan Am Mengisi Surat Tawaran Pembiayaan Pinjaman, Dokumen Perjanjian, Lampiran Perjanjian dan Dokumen Jaminan Pembiayaan Pinjaman Pendidikan PTPTN. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN MENGIKUT INSTITUSI PENGAJIAN <—-PENTING
  1. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  2. Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Comments are closed.