PERATURAN DAN SYARAT BAKAL GRADUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN MiCoST

A.        MAKLUMAT PENTING

1.        Sesi taklimat dan raptai
 

1.1      Sesi  taklimat  dan raptai  akan  diadakan  pada tarikh  dan  masa  seperti  yang tercatat disurat jemputan bakal graduan.

 

1.2      Semua bakal graduan adalah DIWAJIBKAN  untuk menghadiri sesi taklimat dan raptai ini.

 

1.3      Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sesuai dengan majlis. (Jeans, selipar dan kemeja TTIDAK DIBENARKAN semasa raptai).

 

1.4     Pihak kolej berhak menahan, menghalang atau melarang mana-mana bakal graduan yang tidak menghadiri sesi taklimat dan sesi raptai daripada menyertai Majlis Konvokesyen MiCoST.

 

 

2.        Majlis Konvokesyen

2.1     Majlis Konvokesyen akan diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan sebagaimana yang tercatat di surat jemputan bakal graduan.

 

2.2      Kehadiran adalah DIWAJIBKAN untuk semua bakal graduan. Bakal graduan TIDAK DIBENARKAN menangguhkan majlis ataupun mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri majlis.

 

2.3      Semasa majlis sedang berlangsung, bakal graduan diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising.

 

2.4      Bakal graduan bertanggungjawab memastikan kad giliran konvokesyen yang dibekalkan pada hari tersebut dibawa bersama ketika berbaris menaiki pentas.


 

 

2.5      Bakal graduan dikehendaki berada di dewan sehingga   majli selesai   dan dilarang meninggalkan dewan semasa majlis sedang berlangsung.

 

 

3.        Perarakan Bakal Graduan Pada Hari Konvokesyen

3.1      Bakal  graduan  dikehendaki  berkumpul  di  Dewan  Seri  Negeri,  Ayer  Keroh, Melaka selewat-lewatnya  pada  ja 7:30  pagi   untuk  persiapan  memakai Pakaian Akademik  dan perarakan masuk ke Dewan Utama.

 

3.2      Bakal graduan diingatkan supaya  berkumpul  pada  masa  dan  tempat  yang ditetapkan agar proses menetapkan susunan bakal graduan untuk perarakan dapat dilakukan.

 

3.3      Bakal graduan yang lewat hadir selepas majlis bermula tidak dibenarkan masuk untuk menyertai Majlis Konvokesyen.

 

3.4      Bakal graduan   perl mematuhi   semua   peraturan   dan   arahan   daripada pegawai  petugas semasa majlis berlangsung.

 

 

4.        Pengambilan dan Pemulangan Jubah Akademik

4.1      Pengambilan dan pemulangan Jubah Akademik boleh dibuat di Bilik Jubah, Aras

Bawah, MiCoST-Kampus Graha.

 

4.2  Bakal graduan perlu mengisi dan menandatangani Borang Pengambilan dan Pemulangan Jubah (Sila layari  www.micost.edu.my/konvo untuk memuat turun borang berkenaan) dan sertakan sekali slip Kajian Pengesanan Graduan dan resit rasmi pembayaran yuran konvokesyen.

 

 B.        SYARAT PENYERTAAN BAKAL GRADUAN KE MAJLIS KONVOKESYEN

 

1.        Borang Pengesahan Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen MiCoST

1.1      Penyertaan bakal graduan keMajlis Konvokesyen MiCoST ini hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Pengesahan Kehadiran Ke Majlis Konvokesyen MiCoST yang boleh dimuat turun dengan melayari  www.micost.edu.my/konvo.

1.2      KEGAGALAN menyerahkan semula Borang  Pengesahan  Kehadiran  Ke  Majlis Konvokesyen MiCoST ini akan   mengakibatka bakal graduan   tida dapat menyertai majlis.

1.3      Borang Pengesahan Kehadiran yang lengkap hendaklah dikembalikan sebelum

10 Februari 2017 samada melalui pos, email atau faksimili.

 

2.        Maklumat Keahlian Alumni dan Kajian Pengesanan Graduan (SKPG)

2.1      Semuabakal graduan diwajibkan melengkapkan Borang Keahlian Alumni. (Sila layari  www.micost.edu.my/konvo untuk memuat turun borang berkenaan)

 

2.2      Borang Keahlian Alumni hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan ketika bakal graduan mengambil pakaian konvokesyen pada tarikh dan masa seperti yang tercatat di dalam Jadual Pengambilan/Pemulangan Pakaian Konvokesyen. (Sila layari  www.micost.edu.my/konvo untuk memuat turun borang berkenaan)

 

2.3      Kegagalan menyerahkan Borang Keahlian Alumni dengan lengkap pada tarikh yang ditetapkan akan mengakibatkan bakal graduan tidak dibenarkan berarak atau   nai k pentas   untu upacar pengurniaan   Siji dan   seterusnya skrol/transkrip Sijil graduan ditahan.

 

2.4      Semua bakal graduan diwajibkan untuk mengisi butiran pada Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG I) secara online di laman rasmi SKPG I www.graduan.mohe.gov.my dan Slip SKPG I hendaklah dihantar kepada Unit Alumni bersama-sama dengan Borang Keahlian Alumni sebelum pengambilan jubah. Berikut adalah langkah-langkah untuk akses ke SKPG I:

 

a)  Layari laman rasmi SKPG I di  www.graduan.mohe.gov.my

b)  Seterusnya, sila klik butang Log masuk
c)  Di ruang Log masuk, sila lengkapkan maklumat No. KP, Institusi dan Nama Institusi

d)  Klik Hantar/Submit

e)  Cetak/Print-out Slip SKPG I.

 

3.        Yuran Konvokesyen

3.1      Bakal graduan yang HADIR atau TIDAK HADIR adalah diwajibkan membayar yuran konvokesyen.

 

3.2      Amaun yuran konvokesyen yang perlu dijelaskan adalah RM 350.00.

 

3.3      Bayaran hendaklah dilakukan secara TUNAI atau membuat bayaran ke dalam akaun Maybank  :  504115102711  atau  CIMB :  8004717474  atas  nama  YM MEDISCIENCE SDN. BHD.


3.4      Kegagalan pembayaran  yuran  konvokesyen  ini  akan  mengakibatkan  bakal graduan TIDAK DIBENARKAN berarak  atau  naik  ke  pentas  untuk  upacara pengurniaan    Sijil    dan    seterusnya  skrol/transkrip  Diplomgraduan  akan ditahan.

 

 

 

C.        PERATURAN PAKAIAN

1.        Etika Pakaian dan Rupadiri Bakal Graduan LELAKI

1.1      Bakal graduan hendaklah memakai :

 

i)    Lounge Suit;

·    Kemeja lengan panjang berwarna putih / cerah

·    Seluar panjang berwarna hitam

·    Kot/blazer berwarna hitam

·    Stokin dan kasut formal berwarna hitam

·    Tali leher berwarna gelap atau

ii)    Baju Melayu;

·    Baju melayu cekak musang berwarna hitam

·    Samping hitam

·    Berbutang lengkap

·    Stokin dan kasut formal berwarna hitam

 

1.2      Potongan rambut perlulah pendek dan kemas

 

 

1.3      Bakal graduan lelaki yang beragama Sikh dibenarkan memakai turban warna hitam sahaja.

 

1.4      Bakal graduan TIDAK DIBENARKAN:

·     Memakai bow tie’

·     Memakai  subang  telinga/ hidung/ bibir, gelang  tangan, rantai leher  atau apa jua barang perhiasan diri yang bertentangan dengan jantina

·     Mewarnakan rambut (dye)

·     Berambut panjang/berekor (mencecah kolar baju)

·     Memakai selipar, sandal atau kasut sukan

·     Memakai seluar jeans atau seluar pendek

 

2.        Etika Pakaian dan Rupadiri Bakal Graduan WANITA:

2.1      Bakal graduandimestika mengenakan pakaia baju   kurun atau   pakaian labuh warna cerah berserta dengan Pakaian Akademik. Kadar labuh kain ialah sehingga ke bahagian buku lali (ankle) dan tidak berbelah di kiri dan kanan atau di depan dan belakang. Baju hendaklah tertutup hinggake pangkal leher di bahagian hadapan dan belakang serta berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.

 

2.2      Pakaian daripada kain jenis jarang (nipis) adalah dilarang.

 

2.3      Pakaian berbentuk seluar adalah tidak dibenarkan.

 

2.4      Dikehendaki  memakai  kasut  kulit  berwarna  gelap  dan  bertutup  penuh  yang menutupi dari bahagian hadapan kaki hingga ke tumit kaki (covered shoes).

 

2.5      Bagi yang berambut panjang, dimestikan mengikat rambut dengan kemas.

 

2.6      Pemakaian barang kemas / aksesori yang berlebihan tidak digalakkan.

 

2.7      Graduan tidak dibenarkan berpakaian seperti di bawah :

·      Kain/skirt berbelah dimana-mana bahagian

·      Kain bukan daripada jenis nipis atau jarang

·      Selipar atau sandal

·      Memakai kasut yang terbuka di belakang/kasut tumit tinggi ketinggian melebihi 1½ inci

·      Bertindik telinga melebihi satu pasang

·      Bertindik di mana-mana bahagian muka

·      Mewarnakan rambut

·      Tatarias kuku yang berlebihan

·      Pakaian yang menutup muka

 

 

2.8      Pakaian kebangsaan lain yang tidak menepati standard yang dinyatakan adalah tidak dibenarkan dan dilarang.

 

3          Majlis Konvokesyen ini adalah satu upacara rasmi. Bakal graduan diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian dan rupa diri seperti dinyatakan di atas. Bakal graduan yang tidak mematuhi peraturan pakaian tidakakan dibenarkan berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Sijil.

 

D.        PAKAIAN KONVOKESYEN

 

 

1.        Setiap bakal graduan dikehendaki mengambil pakaian-pakaian seperti berikut:

i.  Jubah konvokesyen

ii Mortarboard

iii Hood (mengikut warna fakulti)

iv Selendang (bagi penerima Anugerah Presiden)

 

 

Bil.

Sekolah

Warna Hood

1.

Sains dan Kesihatan

Merah Jambu

2.

Pengurusan dan Perniagaan

Turquoise

 

 

 

2.        Kaedah penyewaan set pakaian konvokesyen

 

 

2.1      Bakal graduan dikehendaki untuk mengisi dan menandatangani Borang Penyewaan Pakaian Konvokesyen mengikut jadual yang ditetapkan. (Sila layari  www.micost.edu.my/konvo untuk memuat turun borang berkenaan)

 

2.2      Borang Penyewaan Pakaian Konvokesyen, slip Kajian Pengesanan Graduan dan resit rasmi pembayaran yuran konvokesyen hendaklah dikemukakan semasa berurusan di kaunter Pakaian Konvokesyen.

 

2.3      Bakal graduan boleh mewakilkan kepada orang lain dalam urusan pengambilan set Pakaian Konvokesyen dengan mengisi maklumat wakil di Bahagian B pada Borang Penyewaan Pakaian Konvokesyen yang disediakan. (Sila layari www.micost.edu.my/konvo untuk memuat turun borang berkenaan) Borang ini hendaklah dibawa oleh wakil bersama salinan Kad Pengenalan dan Kad Pelajar sebagai dokumen sokongan.

 

3.        Tempoh pemulangan set Pakaian Konvokesyen.

3.1      Set Pakaian Konvokesyen hendaklah dipulangkan sebaik sahaja selesai Majlis

Konvokesyen di Pusat Pengambilan dan Pemulangan Pakaian Konvokesyen.

 

3.2      Bakal graduan boleh memuat turun Jadual Pemulangan Pakaian Konvokesyen dengan melayari www.micost.edu.my/konvo .

 

 

 

4.        Denda Kelewatan Pemulangan Set Pakaian Konvokesyen

4.1      Denda akan dikenakan sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh) sehari sekiranya Graduan gagal memulangkan pakaian tersebut dalam tempoh masa yang diberikan sehinggalah penyerahan dibuat. Kegagalan menjelaskan pembayaran akan mengakibatkan transkrip dan skrolDiploma Graduan ditahan sehingga pembayaran berkaitan diselesaikan. Sila pastikan setiap urusan peminjaman, pemulangan dan pembayaran denda (jika ada)disertakan dengan resit.

 

5.        Pengubahsuaian/Kehilangan/Kerosakan Set Pakaian Konvokesyen

5.1      Bakal graduan tidak dibenarkan sama sekali membuat pengubahsuaian (seperti menjahitlengan atau mengubah kadar labuh jubah) ke atas Pakaian Konvokesyen MiCoST. Sebarang pengubahsuaian yang dibuat tanpa

kebenaran dari Pihak Kolej akan dikenakan denda.

 

5.2      Kadar denda minimum yang dikenakan ke atas pakaian yang diubahsuai adalah sebanyak RM50.00. Kadar yang lebih tinggi boleh dikenakan berdasarkan tahap pengubahsuaian dan kerosakan yang terlibat. Graduan adalah diminta untukmenyelesaikan bayaran denda terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan transkrip dan skrol Diploma.

 

5.3      Pakaian yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran gantirugi mengikut kadar seperti berikut : -

 

Jubah                    :          RM400.00

Mortarboard         :          RM120.00

 

E. MAKLUMAT MENGENAI PENGAMBILAN SKROL/TRANSKRIP SIJIL

 

1.         Graduan   boleh   mengambi skrol/transkrip Diploma masing-masin dalam masa 1 bulan selepas tarikh Majlis Konvokesyen dan tertaklu kepada   syarat-syarat yang dinyatakan seperti di bawah:

 

a)        Graduan telah menjelaskan bayaran yuran konvokesyen.

b)        Graduan telah menjelaskan segala hutang yuran pengajian semua semester (jika ada).

c)        Graduan  telah  memulangkan  buku-buku  yang  dipinjam  dari  Perpustakaan

MiCoST.

d)        Graduan  telah  memulangkan  barang-barang  atau  peralatan-peralatan  yang dipinjam dari mana-mana bahagian/jabatan di MiCoST.

e)        Graduan telah memulangkanPakaian Konvokesyen yang dipinjam untuk majlis konvokesyen dalam keadaan yang baik, sempurna dan lengkap.

f)         Graduan telah memulangkan Borang Pendaftaran Alumni yang telah lengkap diisi.

 

 

F. IBU BAPA/TETAMU & KAD JEMPUTAN

 

1.

 

Setiap bakal graduan akan diberi satu (1) keping kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu. Bakal graduan diminta untuk mengingatkan tetamu masing-masing agar membawa bersama kad jemputan tersebut bagi membolehkan mereka memasuki Dewan.

 

2.

 

 

Ibu bapa/tetamu diminta supaya mengambil tempat duduk di dalam dewan sebelum jam

8:30 pagi.

 

3.

 

 

Ibu bapa/tetamu dinasihatkan supaya bersarapan atau makan tengahari terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam Dewan.

 

 

3.1

 

Ibu bapa/tetamu hendaklah berpakaian rasmi seperti berikut :

 

4.1      Pakaian tetamu lelaki

i.    Baju Kebangsaan atau ii.    Baju Batik atau

iii.    Lounge Suitatau

iv.    Pakaian rasmi yang sesuai (seluar jeans’ seluar pendek, selipar/sandal dan kemejaT’/round neck shirt tidak dibenarkan).

 

4.2      Pakaian tetamu wanita

i.    Baju Kebangsaan atau

ii.    Pakaian rasmi atau pakaian sopan

iii.    Tetamu  tidak  dibenarkan  memakai  pakaian  gaun  atau  skirt  pendek (yang   tidak melepasi paras lutut), blouse’ tanpa lengan, kemeja-T dan seluar

 

5.         Ibu bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising dan dilarang meninggalkan dewan sehingga Majlis Konvokesyen tamat.

 

6.         Kamera dan perakam video TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dalam dewan semasa Majlis Konvokesyen dilangsungkan. Telefon bimbit hendaklah DIMATIKAN atau berada dalam keadaan SILENT MODE.

 

7.        Kanak-kanak  yang  berumur  di  bawah  12  tahun  tidak  dibenarkan  masuk  ke  dalam

Dewan.

 

 

G. HAL-HAL LAIN

 

1.        Sil baw bersam buk panduan   ini   semasa   menghadir raptai   dan   Majlis

Konvokesyen  untuk panduan.

 

2.       Segala maklumat atau borang perlu dikembalikan mengikut tempoh yang ditetapkan melalui faks, di talian (06-288 3135) atau email di alamat  konvo@micost.edu.my. Sila layari www.micost.edu.my/konvo untuk memuat turun borang-borang, buku peraturan dan maklumat lanjut berkaitan Majlis Konvokesyen MiCoST kali ke-4.

 

3.        Sebarang pertanyaan mengenai Majlis Konvokesyen, sila hubungi Pn. Laila di talian 06-2883126 atau Pn. Fadhilah di talian 06-2329172.

 

4.       Pihak kolej berhak untuk menambah serta meminda kandungan Peraturan dan Panduan Bakal Graduan Menyertai Majlis Konvokesyen MiCoST tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada bakal graduan.

 

KERJASAMA BAKAL GRADUAN MEMATUHI ATUR CARA DAN MAKLUMAT KONVOKESYEN INI      ADALA DIHARAPKAN     BAGI     MEMASTIKAN     MAJLIS KONVOKESYEN MiCoST BERJALAN DENGAN LANCAR”.

TERIMA KASIH