📢 HEBAHAN PENGGUNAAN SISTEM PEMBAYARAN ONLINE BILLPLZ 📢
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan Melaka International College of Science & Technology (MiCoST) telah menambah baik kaedah pembayaran yuran serta lain-lain caj pelajar melalui sistem pembayaran online menggunakan Payment Gateway BILLPLZ.
✅ Bermula 18 Mei 2026, semua pelajar boleh membuat pembayaran secara terus melalui Student Portal.
✅ Pelajar tidak perlu lagi membuat pemakluman bayaran secara manual melalui emel.
✅ Semua transaksi pembayaran akan dikemaskini secara automatik ke dalam lejer pelajar sebaik sahaja pembayaran berjaya dilakukan.
📌 Pelajar juga disarankan untuk merujuk kepada Panduan Penggunaan Payment Gateway BILLPLZ bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tatacara pembayaran.
Kerjasama dan perhatian daripada semua pelajar amat dihargai. Terima kasih.
🌷 Bahagian Kewangan MiCoST 🌷![]()
Â
Â
