GENERAL INFORMATION
Melaka International College of Science and Technology, MiCoST merupakan satu Institusi Pendidikan milik penuh Kerajaan Negeri Melaka dibawah Yayasan Melaka. Beroperasi selama hampir dua dekad, MiCoST masih lagi berdiri teguh dan menjadi kebanggan kita. Semenjak 2006, MiCoST telah berkembang maju dari segi akademik dan membina reputasi sebagai satu institusi pendidikan unggul milik kerajaan negeri Melaka. Malah, MiCoST turut menjadi salah satu institusi pendidikan yang menjalankan kerjasama penuh bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga menjadi rakan kolaborasi universiti terkemuka yang lain seperti University of Cyberjaya (UoC), Manipal University, Asia University dan UTMSpace.
Menawarkan 15 program Diploma dan 2 program Pra-Diploma dibawah tiga fakulti seperti Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia. Tidak dilupakan kursus-kursus kemahiran seperti Sijil Operasi Sistem Komputer (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3) dan Pentadbiran Sistem Komputer (Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4). Pelbagai program yang menarik ditawarkan di MiCoST, membuktikan MiCoST mampu untuk bersaing dengan institusi pendidikan yang lain dan berupaya untuk melakar masa depan yang lebih cerah.
Taraf kualiti pendidikan dan penanda aras kecemerlangan MiCoST dapat dibuktikan melalui beberapa pengiktirafan yang telah diperolehi. MiCoST memiliki sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 yang menunjukkan keupayaan organisasi untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Selain itu, MiCoST turut memperolehi penarafan MyQuest 2022 dengan keputusan Berdaya Saing ke peringkat yang lebih tinggi. MiCoST diklasifikasikan sebagai kumpulan IPT yang cemerlang dan memenuhi kriteria penilaian dibawah penarafan IPT di Malaysia.
MiCoST turut mendapat pengiktirafan Gred A bagi Audit Kualiti Kolej-Kolej Bersekutu UiTM bagi tahun 2022 serta berjaya mencapai kadar kebolehpasaran siswazah sebanyak 81.6% berdasarkan sistem Kajian Pengesanan Graduan oleh KPT. Alhamdulillah, tahniah kepada semua Warga MiCoST.