• @main
  • admiss
  • Student
  • Employee
  • guest
  • quick

SEMUA PROGRAM

Bina Kemahiran Penting

MICOST menawarkan pelbagai pengajian yang merangkumi kemahiran teknikal kepada pembangunan peribadi, menyediakan pendidikan yang boleh diakses untuk kemajuan kerjaya atau matlamat pembelajaran individu.

Filter by
Pilih Pengajian yang Paling Selaras Dengan Matlamat Pendidikan Anda

Pengenalan Biasiswa PJP40

Program Jana Pendidikan B40 atau PJP40 adalah sebuah inisiatif dijalankan oleh Melaka International College of Science & Technology (MiCoST) bersama Kerajaan Negeri Melaka untuk membantu pelajar-pelajar yang hadir dari keluarga B40 khususnya bagi rakyat negeri Melaka.
 

Program Diploma Yang Disasarkan

Antara bantuan yang dihulurkan adalah bantuan biasiswa pendidikan bagi program-program Usahasama UiTM di MiCoST seperti;
  1. Diploma Farmasi (PH110);
  2. Diploma Sains (AS120);
  3. Pra Diploma Sains (AS008); 
  4. Diploma Pengajian Perniagaan (BA111);
  5. Pra Diploma Perdagangan (BA003).

Bantuan Tambahan

Image

Melalui program ini, pelajar berpeluang untuk menerima bantuan yuran asrama PERCUMA bagi semester pertama pengajian pelajar.

Dengan penjimatan pelajar sehingga RM800, yuran asrama ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka.

​Bantuan tambahan ini hanya termaktub bagi pelajar yang berkelayakan mengikut syarat-syarat program yang telah dinyatakan.

Image

Melalui program ini juga, pelajar akan menikmati bantuan penolakan yuran pendaftaran dari Dana Pendidikan oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) sebanyak RM700. Ia adalah penolakan yang diambil dari jumlah Dana Pendidikan Anak Melaka iaitu RM 1,000.00.

Menjadikan baki bantuan dana sebanyak RM300 itu akan disalurkan ke akaun pelajar tersebut.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Cara Memohon Biasiswa PJP40

LANGKAH PERTAMA
Pelajar perlu mengisi maklumat pada Borang Permohonan Biasiswa PJP40 bagi memulakan permohonan biasiswa ini.

LANGKAH KEDUA
Pihak Kaunselor Pendidikan MiCoST akan hubungi pelajar melalui talian Whatsapp untuk menjemput pelajar hadir temuduga bersama ibu bapa / penjaga pelajar.

LANGKAH KETIGA
Selesai temuduga, pihak Pendaftar MiCoST akan membuat semakan kelayakan bagi pelajar untuk menerima biasiswa PJP40.

LANGKAH KEEMPAT
Pelajar akan menerima keputusan sama ada permohonan pelajar berjaya ataupun tidak menerima biasiswa PJP40.

Image
Image
Image
Image
Image