Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Merujuk perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Ketua Menteri Melaka bersama Jabatan Agama Islam Melaka akan mengadakan Ceramah Agama Mingguan yang akan dijadualkan seperti berikut:
Tarikh : 02 Oktober 2020 (Jumaat)Masa : 8.00 pagiPenceramah : Ustaz Adzli Khalid Bin Abu KhirTajuk : ''Dosa - dosa Yang Tak Terampun''Tempat : Auditorium Seri Negeri
Untuk perhatian kakitangan yang ingin menghadiri ceramah agama perlu mematuhi SOP seperti yang ditetapkan. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke ceramah agama tersebut. Sebagai tujuan rekod, tuan/puan dipohon untuk membawa bersama Kad Pengenalan beserta maklumat Emel Rasmi Jabatan untuk pengesahan kehadiran ke majlis tersebut dan memaklumkan kepada Ketua Bahagian masing - masing. Kehadiran diambil kira sebagai jam latihan/kursus dan perlu mengisi Borang Permohonan Mengikuti Latihan dengan mematuhi Prosedur Pengurusan Latihan.
Sekian atas makluman. Terima kasih.
#KitaJagaKita
#PatuhiSOP
#StopCovid