PROGRAM MICOST FOSTER & ADOPT COMMUNITY (MiFACT)

Pada 25 April 2018 (Khamis),  seramai   38 orang kakitangan termasuk pelajar Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) telah terlibat menganjurkan  Program “Corporate SocialRresponsibility (CSR) dan Bakti Siswadi Kg Gerigis, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar Kedah yang telah dijalankan selama tiga hari dua malam dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Kg Gerigis dan Gerakan Belia 4B negeri Kedah.

 Pengarah program, Khairul Azuan Jalil, berkata “objektif utama program ini adalah untuk menjalin hubungan silaturahim antara pelajar MiCoST dan penduduk Kampung Gerigis disamping memperkenalkan MiCoST di kalangan masyarakat setempat.  Ini adalah inisiatif kakitangan MiCoST dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan dan seimbang dalam bidang akademik dan sosial. Para peserta program telah menunjukkan semangat kerjasama yang luar biasa, bertoleransi serta bijak menyesuaikan diri dengan masyarakat kampung yang baru dikenali. Mereka juga berpeluang mempelajari budaya masyarkat setempat, di samping merasai sendiri cara hidup orang  kampung”. 

 Yang Berbahagia Tuan Chan Ming Kai, Ahli Parlimen Kota Setar, Kedah, berkata “program ini juga dapat menanam sikap saling sayang menyayangi, tolong menolong, hormat menghormati dan berdisiplin di kalangan pelajar MiCoST dengan  penduduk kampung dalam pembentukan modal insan generasi muda yang cemerlang”. 

 Selain itu juga, menerusi program ini para pelajar dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan baik dalam kalangan masyarakat luar.  Umumnya dalam Program Anak Angkat, dapat memupuk minat mereka untuk mendengar serba sedikit maklumat tentang Kampung Gerigis  dan dapat meningkatkan tahap keyakinan dalam diri kalangan pelajar apabila berhadapan dengan masyarakat luar.

 Pelbagai aktiviti telah dianjurkan, dintaranya adalah aktiviti senamerobik, gotong royong membersihkan kawasan masjid, sumbangan kepada keluarga angkat dan sebagainya.  Aktiviti kemuncak ialah aktiviti yang menjadi sosioekonomi penduduk kampong itu sendiri ialah “Jom Masuk Bendang”.

 Sememangnya program seumpama ini memberi impak yang baik kepada pelajar MiCoST dari aspek pengetahuan asas tentang budaya penduduk kampung. Pengarah Program turut melahirkan rasa kesyukuran atas penglibatan semua pihak yang prihatin dalam usaha merapatkan hubungan generasi muda dengan masyarakat kampung.