70 peserta sertai ARP Melaka Tengah

 

AYER KEROH 8 Mei – Seramai 70 peserta mengambil bahagian dalam program Anugerah Remaja Perdana (ARP) daerah Melaka Tengah baru-baru ini.

Program itu melibatkan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama Kolej Cosmopoint Melaka, MiCOST, Kolej Antarabangsa Putra dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir.

Antara aktivit yang dijalankan melibatkan gotong royong membersihkan Masjid Al-Abrar, Semabok dan Tanah Perkuburan Islam Semabok.

Turut hadir Pengerusi Masjid, Kadir Zainal serta para penduduk sekitar.

Menurut Kadir, beliau berharap program itu diteruskan pada masa akan datang.

“Program ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim, sifat kerjasama, bantu membantu, dan menerap amalan kesukarelaan dalam kalangan masyarakat..

“Pihak masjid turut menyumbang makanan untuk semua sukarelawan yang bertugas,” katanya.

 

© 2006 - 2019 MiCoST. All Rights Reserved. MOE Registration Certification No: DK002(M).