KUNJUNG HORMAT MiCoST EDU TOURISM (METourism) KE MELAKA HALAL HUB SDN BHD



 

Seramai 15 orang delegasi daripada Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) melakukan sesi kunjungan hormat ke Melaka Halal Hub (MHH) Sdn Bhd pada 6 April 2021 yang lepas dan disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif MHH Sdn Bhd sendiri, iaitu En Amir bin Ali. Delegasi MiCoST yang diketuai oleh Encik Mohd Firdaus bin Abd Malek, selaku Pengerusi MiCoST Edu Tourism (METourism), bersama para Dekan dan wakil bahagian akademik hadir bagi membincangkan berkenaan peranan, hala tuju dan perancangan kerjasama strategik antara MiCoST dan Melaka Halal Hub.

 

Pertemuan mesra tersebut antara lain berkongsi pendapat dalam pelbagai agenda termasuk beberapa cadangan kolaborasi, antaranya termasuklah sesi perkongsian maklumat antara MiCoST dan Melaka Halal Hub dalam bidang-bidang yang diperlukan, kolaborasi penawaran latihan industri kepada tenaga pengajar dan para pelajar MiCoST, dan konsultasi antara kedua-dua pihak dalam beberapa bidang berkaitan yang dipercayai akan membantu dari sudut operasi dan pengurusan kedua-dua organisasi ini.

 

 

 

Delegasi MiCoST juga telah dibawa melawat ke syarikat di bawah Melaka Halal Hub, termasuk kilang Koko Minda Food Industries (M) Sdn Bhd, Farhan Adam Food Industries, Warisan Herba BioTech dan Ayuni Rezeki Enterprise. Sewaktu pertemuan dua hala itu juga, Pegawai Operasi Melaka Halal Hub, Encik Erwan bin Abd Aziz, turut menerangkan tentang latar belakang organisasi, operasi-operasi yang berkaitan serta usahawan-usahawan yang terlibat di bawah bimbingan Melaka Halal Hub.

 

Melalui kunjung hormat ini, diharapkan ianya akan membuahkan hasil menerusi kerjasama strategik yang berpanjangan antara MiCoST dan Melaka Halal Hub dari masa ke semasa.