MiCoST dedah pelajar mengenai kesihatan pekerjaan

 

AYER KEROH 8 Mei- Bahagian Sumber Manusia bersama Fakulti Sains Kesihatan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) beri pendedahan kesihatan pekerjaan kepada semua warga kolej tersebut dalam Program Hari Kesihatan yang diadakan di Kampus Graha Maju, baru-baru ini.

Ketua Eksekutif MiCoST, Dr. Afizan Azman berkata pendedahan mengenai hari pekerjaan itu telah diberikan oleh panel-panel yang dijemput seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO), Hospital Pakar Putra Melaka (PSHMSB) dan beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Katanya, penyakit-penyakit pekerjaan yang sering berlaku semasa bekerja perlu di beri pendedahan awal supaya pekerja lebih peka terhadap sekeliling dan mampu mengelakkan berlakunya kemalangan.

“Pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma turut diberikan kepada kakitangan MiCoST dan beberapa pameran daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Melaka turut serta menjayakan program sempena Hari Pekerjaan 2019 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada pemberita baru-baru ini.

Dalam program tersebut, wakil dari PERKESO turut berkongsi dan memberi pendedahan mengenai kemalangan, keracunan pekerjaan yang sering terjadi dalam kalangan pekerja serta beri pendedahan berkenaan ergonomik.

 

© 2006 - 2019 MiCoST. All Rights Reserved. MOE Registration Certification No: DK002(M).