Pelajar MiCoST laksana kerja amal bersama anak Orang Asli

 

JASIN 7 Jun – Seramai 25 anak-anak Orang Asli sekolah rendah & menengah di Perkampungan Orang Asli Lubuk Bandung, mendapat pendedahan menarik apabil terlipih menyertai program “MiCoST CSR: 1House 1MiCoST Bag”, baru-baru ini.

Penasihat program, Ahmad Iskandar Mohd Kamal berkata, objektif penganjuran aktiviti masyarakat ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar Institut Pengajian tinggi (IPT) menjadi ahli masyarakat yang peka kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR) selain memupuk nilai-nilai moral dalam kalangan mereka.

“Program tahunan oleh pihak MiCoST ini juga bertujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap masyarakat selain memberi anak-anak Orang Asli terbabit beberpa keperluan seperti beg sekolah dan kelengkapan lain yang bersesuaian.

Menerusi program itu penganjur berpeluang mengadakan aktiviti sukaneka dan permainan minda pelajar bagi mencetuskan minat anak-anak Orang Asli dalam bidang akademik.

“Sebagai ganjaran, pemenang bagi setiap permainan menerima hadiah berupa alat tulis sekolah, pensil warna, bekas alat tulis, botol air dan buku lukisan,” katanya kepada Harapan Melaka (HM).

Program anjuran Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Melaka International College of Science & Technology (MiCoST) melalui kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu melibatkan 22 pelajar dan pensyarah.
Bagi menjayakan program tersebut, penganjur berusaha mencari dana yang diperolehi menerusi jualan dan aktiviti amal sebelum ini dengan jumlah kutipan sebanyak RM2,000.

Pelajar yang menyertai program tersebut melahirkan rasa gembira kerana telah diberi peluang untuk turut serta dalam program CSR dan mendekati masyarakat Orang Asli dengan lebih dekat.

© 2006 - 2019 MiCoST. All Rights Reserved. MOE Registration Certification No: DK002(M). Follow us on