Pelajar MiCoST peroleh pingat perak di SIIDE 2018

 

 

BANDARAYA MELAKA 6 Dis. – Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) mencipta nama apabila berjaya meraih pingat perak bagi Kategori Rekacipta & Inovasi Telefon Pintar (Mobile Apps) di Student’s Invention Innovation Design and Exhibition (SIIDE 2018), baru-baru ini.

SIIDE 2018 yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu itu dianjurkan Falkuti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

MiCoST menyertai dua penyertaan iaitu Kategori Rekacipta dan InovasiTerbuka dan juga Kategori Rekacipta dan Inovasi Telefon Pintar (Mobile Apps).

Pingat perak itu diperoleh wakil pelajar MiCoST jurusan Diploma in Interactive Media, Muhammad Dzulfikrie Mohd Fareed yang mengetengahkan rekacipta “Development of Mobile Applicaton of Hayya Ala Solah”.

Manakala Muhammad Isyraf Ismail dari jurusan Diploma in Interactive Media turut serta dalam Kategori Rekacipta dan Inovasi Terbuka.