8 April 2021- Satu program CSR telah berjaya dijalankan dengan jayanya berpandukan SOP yang ditetapkan oleh KKM bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Utama, Ayer Keroh. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Utama merupakan sebuah badan pertubuhan NGO di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Program ini dijayakan oleh 14 orang kakitangan terlibat daripada Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) di mana Puan Norsazliyana Binti Mohamad Ismail selaku Pengarah Program.
Program ini bertujuan untuk menceriakan kawasan pembelajaran dan memberi semangat di kalangan kanak-kanak istimewa (OKU) agar mereka bersemangat untuk terus belajar dalam keadaan yang kondusif dan selesa. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah menghiasi dinding luar dan dalam premis PDK Seri Utama. Aktiviti merupakan kesinambungan daripada siri pertama yang telah dijalankan sebelum ini.