BANDARAYA MELAKA, 3 Mac - Kelab Graduan Prihatin bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Melaka dengan kerjasama Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) dan Jabatan Pendidikan (JPN)Negeri Melaka telah mengadakan satu Program atas talian mengunakan platform “Google Meet” yang diberi nama "Permata Melakaku" dimana program yang berlangsung selama dua (2) hari ini iaitu pada 8 dan 9 Februari 2021 adalah bertujuan memberikan motivasi dan pendedahan serta persediaan para pelajar terutamanya calon-calon yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pada 22 Febuari 2021 ini dan calon-calon peperiksaan besar yang lain seperti STPM dan STAM.
Program atas talian ini melibatkan beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub (SeDARY) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa (SMAAT) melalui aplikasi Google Meet dan aplikasi LIVE facebook MiCoST. Program ini disambut baik oleh semua peringkat masyarakat dengan penglibatan para pelajar bukan sahaja seluruh negeri Melaka malahan juga pelajar dari negeri-negeri lain. Disamping kita menjaga dan mengekang penularan wabak Covid-19 ini penggunaan aplikasi atas talian memberikan peluang dan ruang kepada pelajar untuk menyertai program ini tanpa perlu hadir bersemuka antara satu dan lain. Diharapkan program seperti ini akan terus dilaksanakan dan dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat. Anda mungkin permata yang bersinar.