Speakers Corner MiCoST: Limelight jadi platform pelajar berpidato

 

BANDARAYA MELAKA 1 Mac. – Program Speakers Corner: Limelight dilihat mampu melahirkan pemidato berbahasa Inggeris yang baik sekali gus mengasah bakat terpendam dalam kalangan pelajar.

Eksekutif MiCoST, Dr. Afizan Azman berkata, program pidato tersebut yang akan dijalankan sepanjang tahun ini mampu menjadi platform terbaik bagi perkongsian maklumat dan ia dilihat sebagai satu medium untuk menyampaikan mesej kepada umum.

“Program ini dijalankan mengikut format yang ditetapkan dan wajib disertai oleh dua pensyarah dan dua pelajar di bawah tiga fakulti di bawah MiCoST.

“Program ini jelas dilihat mampu melahirkan graduan yang positif dan pemikiran kritis seiring dengan saranan kerajaan bagi melahirkan pelajar yang mampu berpidato dalam bahasa Inggeris,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Speakers’ Corner: Limelight di MiCoST Lounge Kampus Graha Maju, di sini, baru-baru ini.

 

© 2006 - 2019 MiCoST. All Rights Reserved. MOE Registration Certification No: DK002(M).