Zumba jadi program bulanan kakitangan MiCoST

 

BANDARAYA MELAKA 4 April – Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan dengan pelbagai aktiviti kesihatan termasuk zumba.

Untuk itu, Pertubuhan Keselamatan Warga kerja MiCoST atau MEWA telah mengadakan aktiviti zumba ‘Lose Yourself in the Music & Find Yourself in Shape’ baru-baru ini.

Penyelaras program, Madia Wati berkata, program tersebut bertujuan untuk menggalakkan pekerja wanita di MiCoST untuk lebih cergas dan aktif.

Katanya, selain itu, aktiviti itu dapat mendidik peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat selepas seharian bekerja di pejabat.

“Zumba ini hanya diperuntukkan selama sejam sahaja, bermula jam 4 dan ia bukan sekadar pergerakan untuk mengeluarkan peluh semata- mata.

“Dengan pelaksanaan selama sejam, ia boleh membakar sebanyak 1,000 kalori dan ia juga antara senaman yang bukan sahaja tertumpu kepada beberapa pergerakan konvensional,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Melaka Kini, di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, tarian kecerdasan mengikut muzik rancak itu turut akan diangkat menjadi program bulanan MiCoST.

 

© 2006 - 2019 MiCoST. All Rights Reserved.