PENGAMBILAN SKROL DAN TRANSKRIP

PERINGATAN :
Para Graduan boleh mengambil Skrol Diploma dan Transkrip masing-masing selepas pemulangan pakaian konvokesyen dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan seperti berikut :

Graduan telah menjelaskan bayaran yuran konvokesyen.

Graduan telah menjelaskan segala tunggakan yuran pengajian bagi semua semester (jika ada).

Graduan telah memulangkan buku yang dipinjam dari Perpustakaan MiCoST (jika ada).

Graduan telah memulangkan barang atau peralatan yang dipinjam dari mana-mana bahagian/jabatan di MiCoST (jika ada).

Graduan memulangkan pakaian konvokesyen yang dipinjam dalam keadaan yang baik, sempurna dan lengkap.
