Soalan Lazim

1. Adakah MiCoST sebuah IPTA atau IPTS?
MiCoST adalah sebuah IPTN yang ditubuhkan pada 2006.

2. Siapakah pemilik MiCoST?
MiCoST adalah milik penuh Kerajaan Negeri Melaka.

3. MiCoST terletak di mana?
MiCoST terletak di Lot 925, Blok C Wisma Yayasan Melaka Jalan Hang Tuah, 75300, Melaka.

4. Siapakah yang layak mendapat pinjaman/biasiswa di MiCoST?
Semua mahasiswa bertaraf Warganegara Malaysia yang belajar di MiCoST adalah layak membuat permohonan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Manakala, mahasiswa yang lahir di Melaka dan ibu atau bapa pemohon yang lahir di Melaka dan menetap di Melaka, layak memohon pinjaman dari Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM.

5. Adakah MiCoST mempunyai kemudahan asrama?
MiCoST mempunyai blok asrama yang mampu untuk menampung keseluruhan mahasiswa yang mendaftar di MiCoST. Setiap mahasiswa yang mendaftar di MiCoST adalah digalakkan untuk tinggal di asrama.

6. Apakah kemudahan asas yang disediakan oleh MiCoST?
Di MiCoST kami menyediakan kemudahan prasarana yang sesuai sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Layarilah web kami bagi mendapatkan maklumat tentang prasarana tersebut.

7. Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh MiCoST?
Jenis-jenis kursus yang ditawarkan ada disenaraikan di web kami.

8. Adakah program – program yang ditawarkan mendapat pengiktirafan MQA?
Semua program yang dijalankan di MiCoST telah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

9. Apakah kelayakan minimum untuk masuk ke MiCoST?
Kelayakan minimum untuk melanjutkan pengajian di MiCoST adalah 3 kredit.

10. Apakah matlamat MiCoST dalam mendidik para mahasiswa?
MiCoST ditubuhkan bagi melaksanakan usaha pendidikan, latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan sumber insan.

11. Bagaimana MiCoST menguruskan semua hal-hal mahasiswa?
Secara amnya semua hal ehwal mahasiswa diuruskan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

80074
TodayToday276
YesterdayYesterday212
This_WeekThis_Week218
This_MonthThis_Month5764
All_DaysAll_Days80074
Image
Image

Quality Management System

 ISO 9001 : 2015. (Since 2011).

Connect with Us

We're on Social Networks. Follow us & get in touch!

Please publish modules in offcanvas position.